Saturday 16 April 2016

CONTOH SURAT PENGURANGAN BIAYA UM



07 Mac 2016

Prof. Dr. Fauza Abdul Ghaffar
Dekan
Institut Pengajian Siswazah
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Melalui:
Dr. Mohammad Taqiuddin Mohamad
Penyelia
Jabatan Syariah dan Ekonomi

Dr. Asmak Ab Rahman
Pemangku Ketua
Jabatan Syariah dan Ekonomi

Prof. Dato’ Dr Mohd Zulkifli Bin Mohd Yusoff
Pengarah
 Akademi Pengajian Islam

PERMOHONAN PENGURANGAN  YURAN PENGAJIAN SEMESTER II,  SESI 2015/2016
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,
Saya Salman (IGA130071) merupakan calon sarjana Syariah di Jabatan Syariah dan Ekonomi (SECARA kursus dan penyelidikan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dengan ini bermaksud ingin memohon pengurangan yuran pengajian bagi semester II,  sesi 2015/2016.
Untuk makluman Ybhg Prof. Dr. Fauza Abdul Ghaffar, saya membiayai pengajian ini sendiri dan kini sudah berada pada tahap kutipan data kajian lapangan. Besar harapan saya agar Prof. dapat mempertimbangkan permohonan ini agar dapat membantu meringankan beban kewangan saya untuk meneruskan pengajian semester ini.
Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak Prof. didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,

SALMAN
No. Metrik IGA130071
Calon sarjana
Jabatan syariah dan ekonomi
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews